Kamis, 27 September 2018

MENDAKWA PEMBUNUHAN
DAN QASAMAH (SUMPAH)

Al-Qasamah dibaca fathah huruf qaf dan huruf sin tidak ber-tasydid. Ia berasal dari perkataan “ﺔﻣﺎﺴﻗو ﺎﻤﺴﻗ ﻢﺴﻗأ” yakni sumpah yang diungkapkan kepada keluarga mangsa jika mereka menuduh melakukan pembunuhan atau sebaliknya. Sumpah dalam masalah ini disebut qasamah. Imam al-Haramain berkata: “Qasamah menurut pakar bahasa adalah satu istilah yang digunakan untuk menyebut suatu masyarakat yang bersumpah, sedangkan menurut ulama fiqh pula adalh istilah yang menunjukkan sumpah.


Dalam kitab al-Dhiya’ disebutkan qasamah adalah sumpah yang diungkapkan kepada lima puluh lelaki sebuah adedg yang di dalamnya terdapat mangsa bunuh tanpa diketahui siapa sebenarnya pelakunya dan keluarga mangsa pula tidak dapat memastikan tuduhan kepada satu orang di antara mereka.






































Daripada Sahl bin Abu Hatsmah daripada sekumpulan pemuka kaumnya bahawa Abdullah bin Sahl dan Muhayyishah bin Mas’ud keluar menuju Khaibar kerana terjadi kekurangan bekalan makanan yang menimpa mereka. Tidak lama kemudian, ada berita bahawa Abdullah bin Sahl mati dibunuh dan jenazahnya dihumban di suatu tempat. Muhayyishah segera mendantangi orang Yahudi dan berkata: ”Kalian telah membunuhnya!” Orang Yahudi menjawab: “Sumpah, bukan kami yang membunuhnya.” Muhayyishah pun pulang. Sesampainya di kampong halaman, beliau mnceritakan peristiwa itu. Beliau bersama abangnya bernama Huwayyishah dan ditemani Abdurrahman bin Sahl menghadap Rasulullah (s.a.w). Muhayyishah segera bangkit untuk berbicara. Melihat itu, baginda bersabda: “Dahulukan orang yang lebih tua, dahulukan orang yang lebih tua.” Maksud baginda adalah orang yang lebih tua usianya. Huwayyishah pun berbacakap dan kemudian disusuli Muhayyishah. Rasulullah (s.a.w) bersabada: “Kini kamu mempunyai dua pilihan; menuntut bayaran diyat atau mereka diperangi.” Rasulullah (s.a.w) kemudian mengirim sepucuk surat kepada orang Yahudi dan merekan pun segera menjawab surat tersebut yang isinya: “Sumpah, kami tidak melakukan pembunuhan itu.” Rasulullah (s.a.w) berkata kepada Huwayyishah, Muhayyishah dan Abdurrahman bin Sahl: “Apakah kamu berani bersumpah dan kamu berhak ke atas diyat saudara kamu?” Mereka menjawab: ”Tidak.” Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Mahukah kamu jika orang Yahudi itu yang bersumpah?” Mereka menjawab: “Mereka (orang Yahudi) bukan orang Muslim.” Maka Rasulullah (s.a.w) menebus diyatnya dengan seratus ekor unta. Sahl menceritakan: “(Oleh kerana unta itu terlampau banyak), unta merah itu sampai menginjak saya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: 1218)


Makna Hadis

Jika ada seseorang mati dibunuh yang didapati di tengah-tengah suatu masyarakat lalu mereka didakwa melakukan pembunuhan itu, maka mereka tidak wajib membayar diyat sehinggalah keluaraga mangsa bersumpah sebanyak lima puluh kali sambil mendakwa salah seorang di antara telah melakukan pembunuhan itu. Jika tidak, masyarkat itu wajib bersumpah sebanyak lima puluh kali bahawa mereka tidak melakukan pembunuhan tersebut dan dengan itu merek atidak ada kewajipan membayar diyat.

Dalam kisah ini, ketika pendakwa menolak bersumpah dan tidak menerima sumpah pihak yang didakawa atas pertimbangan mereka bukan orang muslim., maka Rasulullah (s.a.w) membayarkan diyat pembunuhan itu dari baitul mal. Fiqh Hadis

Boleh menjadikan qasamah sebagai satu cara yang diguna pakai di mahkamah. Inilah pendapat jumhur ulama.

Qasamah tidak boleh diambil kira dengan sekadar adanya dakwaan pembunuhan ke atas pihak terdakwa tanpa adanya bukti lain yang menguatkannya. Inilah pendapat ulama yang menetapkan qasamah sebagai salah satu cara yang boleh diguna pakai di mahkamah, berbeza dengan al-Auza’I dan Dawud al-Zahiri.

Ada yang menjadikan lumuran darah sebagai bukti pembunuhan di mana ada satu orang saksi yang menyaksikan mangsa mengatakan bahawa orang yang memebunuh dirinya adalah si fulan atau ada dua orang saksi yang mengetahui adanya permusuhan di antara mangsa dan pihak yang



disangka atau ada ancaman dari pihak yang disangka.

Ada yang mengatakan kewujudan mangsa di kawasan masyarakat yang diyakini musunya sudah memadai untuk dijadikan bukti yang mereka pembunuhnya. Inilah pendapat Malik dan al-Syafi’i.

Pendakwa hendaklah memulakan qasamah terlebih dahulu dengan mengucapkan sumpah sebanyak lima puluh kali seperti mana yang dijelaskan dalam riwayat Imam Muslim dalam hadis berikut:




“Salah seorang kamu hendaklah bersumpah sebanyak lima puluh kali untuk mendakwa seorang di antara mereka (yang didakwa melakukan pembunuhan), sehingga dengan demikian dia wajib membayar seluruh diyat.” Dengan demikian, dakwan dapat diterima. Ulama yang berpendapat sumpah pendakwa hendaklah dimulakan terlebih dahulu adalah Malik, al-Syafi’I dan Imam Ahmad. Dalil mereka adalah hadis ini.

Mereka berbezda pendapat tentang pembahagian mengucapkan sumpah itu? Ada dua pendapat dalam masalah ini. Pertama, setiap orang wajib bersumpah yang kadarnya disesuaikan dengan kedudukannya dalam waris sedangkan kekuranganya hendaklah ditutupi. Kedua, setiap orang wajib bersumpah sebanyak lima puluh kali. Jika pendakwa enggan bersumpah, maka pengucapan sumpah dikembalikan kepada pihak terdakwa; dia wajib bersumpah lima puluh kali untuk menafikan pembunuhan tersebut ke atas dirinya. Jika pihak tertuduh itu terdiri daripada sekumpulan orang, maka pengucapan sumpah disesuaikan dengan jumlah mereka.


Abu Hanifah berpendapat sumpah tidak dimulakan dengan pihak pendakwa, sebaliknya pihak terdakwa yang terlebih dahulu memulakan sumpah. Menurut mereka, jika ada seseorang mati dibunuh di suatu tempat, pemimpin hendaklah memilih lima puluh lelaki yang dinilai di kawasan itu, kemudian disuruh bersumpah bahawa mereka tidak membunuhnya dan tidak mengetahui siapa pelakunya. Diyat hendaklah diambil dari orang yang membuat rencana pembunuhan jika itu telah dikenal pasti. Jika tidak diketahui orang yang merencanakannya, diyat hendaklah diambil dari penduduk adedg itu.

Wajib dilaksanakan qisas setelah dilakukan qasamah berdasarkan ulama yang mentafsirkan sabda Rasulullah (s.a.w): “Kamu berhak ke atas darah saudara kamu” sebagai qisas. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn al-Zubair yang juga pendapat Malik dan masyarakat Madinah, Imam Ahmad dan Abu Tsaur. Ketetapan ini berlaku apabila dakwaan ditujukan kepada orang tertentu di samping sudah memenuhi syarat. Namun sekumpulan ulama berpendapat tidak wajib qisas dalam masalah ini, sebaliknya wajib membayar diyat mughalladzah yang diambil dari




harta terdakwa. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas yang juga merupakan pendapat al-Tsauri, al-Syafii dalam qaul aded, Abu Hanifah dan Ishaq. Dalil mereka sabda Rsulullah (s.a.w): “Kamu berhak mengambil diyat saudara kamu.”

Dibolehkan berpandu kepada surat dalam masalah informasi.

Penting

Al-Shan’ani berkata: ”Hadis Rasulullah (s.a.w): ”Maka Rasulullah (s.a.w) menebusnya dari harta miliknya sendiri” dan dalam riwayat yang lain berbunyi: ”Rasulullah (s.a.w) menebusnya dengan unta hasil zakt sedekah.” Ada yang mengatakan Rasulullah (s.a.w) menghutangi bayaran unta itu. Ini kerana ketika baginda membayarkan diyat tersebut dengan tujuan mendamaikan dua kumpulan yang bertikai, maka tindakan itu merupakan satu usaha untuk melangsaikan hutang bagi orang yang berhutang dengan tujuan mendamaikan dua pihak yang bertikai. Baginda tidak mengambil harta zakat untuk kepentigan peribadi, kerana ia bagi baginda tidak dihalalkan. Pendapat yang mengatakan Rasulullah membayarkan diyat tersebut dari zakat bahagian orang yang berhutang adalah tidak benar, kerana ahli zimmah meskipun dibelit hutang tidak dibenarkan menerima bahagian zakat.”

Al-Shan’ani berkata: ”Pendapat ini perlu dikaji semula, kerana orang Yahudi tidak ada kewajipan membayar diyat, kerana orang yang mendakwa mereka enggan menerima sumpah atas dakwaan yang mereka ajukan. Jadi apa yang dikeluarkan oleh Rasulullah (s.a.w) hanyalah sukareala supaya darah mangsa tidak sia-sia begitu sahaja. Adapun riwayat al-Nasa’i yang menegaskan Rasulullah (s.a.w) memberiakn bahagian (zakat) kepada Yahudi dan membantu mereka, menurut Ibn al-Qayyim hadis ini tidak kuat.”




Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kha_fidz

dana kelurahan dalam rasionalisme

PENDAHULUAN 1.       Latar Belakang Munculnya otonomi           daerah menyebabkan terjadinya pergeseran paradigma dari sistem pemer...